Sunday, January 12, 2014

Bunyian januari 2014

Semalam , mengambil kesempatan besempena masuknya bonus ' secara tidak sengaja la sangat ' kami telah singgah di Setia Alam Mall untuk acara soping tingkap... biasanya ada jugak sangkut 2 , 3 helai tshirt kat H&M , tapi semalam tadak pulak yang bekenan di jiwa...
Untuk tidak pulang dengan tangan kosong , aku singgah kejab kat speedy video... dah niat nak angkat cd Pearl Jam... tapi sempat dulu belek - belek kat pot cd- cd harga runtuh... dan hasilnya... motley crue , suzanne vega , bjork , noel gallagher's dan koleksi the specials berjaya mengalahkan grup eddie vadder untuk budget bunyi bulan ini....

Sunday, January 5, 2014

Bunyian awal tahun.

Nidji band dipilih sebagai cd pembukaan untuk tahun 2014 , pilihan secara rambang kat rock corner , the curve ini di buat kerana kebetulan pada hari kejadian jiwa rokes tanah garuda sedang melanda aku kot... hihihi...
Tapi berbaloi untuk memiliki cd ini kerana seleksi lagi - lagunya masih lagi dalam lenggok brit pop dan elemen elektro baik dalam pilihan lagu melayu dan inggerisnya... kira memang kena jiwa aku la...

Sunday, September 2, 2012

Dalam gelap ada hero


Bat pod ni aku jumpa sebelum raya lagi ; tapi memandangkan time tu budget raya belum selesai lagi maka niat untuk membelinya aku simpan dulu.
Bersempena hari menara terbuka raya  kompeni aku  ; aku ambil kesempatan la untuk pergi terus ke Rock Corner KLCC .Dengan harga yang sebegitu baik ntak mustahil Bruce Wayne pon akan memilikinya.heh!.

Wednesday, June 13, 2012

bunga - bunga batu.

salam satu malaysia ; gila skema.Semalam aku  dah jelajah satu kompleks campbell , redah pulak satu komplek pertama semata - mata mengidam nak pakai kasut jack purcell hitam - tetapi hampa tahap lagu hampa nyanyian to'ki - tadak saiz 8.
Kebetulan masa lunch tadi - boss tua belanja makan kat kedai melayu siam depan masjid keramat ; so aku  ambik kesempatan melakukan sedikit rondaan kat KLCC - namun hampa jugak - kali ni lebih dasyat ; tadak satu pon model tu kat butik - satu kerugian untuk tauke butik converse.
so untuk meraikan hati aku  yang separuh mati ( pasal letih tu - main panas kat tengah keyyy el ).. gua singgah masuk kat KINO .Belek - belek apa yang patut.
Namun ; Rezeki boleh jatuh dimana - mana saja kat dalam KLCC tu ; gua sambar satu majalah keluaran khas NME - Tribute to Stone Roses.Terubat terus kehampaan aku untuk hri ini.
so - kepada kipas susah mati apa lagi ; marilah membaca.